Sunday 27 September 2015

Makhluk yang bernama P E R P I S A H A N :')

2002. Masih terngiang-ngiang di kotak mindaku pengalaman si budak mentah menghabiskan perjalanan sebagai budak sekolah rendah dengan penuh kegembiraan dan kebanggaan tatkala menghabiskan peperiksaan UPSR. Budak mentah yang tidak menyedari hakikat bahawa di hadapannya terlalu banyak lagi onak duri kecewa tumbang sakit yang perlu dihadapi. Hari terakhir di sekolah rendah ibarat hari terakhir menghabiskan perjuangan hidup sedangkan fizikalnya baru sahaja beralih ke alam akil baligh. Namun, jujurku katakan sesungguhnya aku rasai perpisahan itu, petang selepas tamatnya kelas terakhir d sk.pasir putih, hati ini seolah-olah dapat merasai perpisahan yang bakal di hadapi. Jiwa si budak mentah yang pada mulanya tidak merasai dan memahami erti perpisahan ini mulai bergelora memikirkan hidup tanpa sahabatnya disisi. Petang itu, 6 bersahabat pergi ke suatu tempat yang memang selalui dikunjungi. Disitu kami laungkan, keluarkan dan sematkan perasaan yang terpendam selama ini. Masih ku ingat, aku laungkan nama miss F. AKU CINTA PADAMU.. !! (monyet). usai ke enam2 sahabat itu meleraikan perasaan yang terpendam selepas lebih kurang 6 tahun persahabatan pulanglah mereka ke rumah masing2 tanpa menyedari bahawa kemungkinan petang itulah hari dan saat  terakhir mereka bersua muka.


2007. 5 tahun kemudian, perpisahan yang digembar-gemburkan kian terasa. Muka yang sudah biasaku lihat sepanjang berada disekolah menengah ini,  bakal ku tinggalkan sedikit masa lagi. Si budak mentah yang dulu pendek kini menjadi sedikit tinggi telah pun bersedia menghadapi hari-hari perpisahan itu. Masihku ingat hari terakhir berada disekolah,  sahabatku melemparkan telur dikepala yang besar ini. Dalam hatiku, (uina macik  sakit gila tu), sebab yang mengumban tu macam macik2. Tapi dialah yang mengiburkan kelas sains masa itu. Dialah penyeri kehidupan dan dialah mungkin yang paling dirindui. Petang itu, ku nukilkan nama dan tandatanganku di baju setiap sahabatku. Mungkin nukilan inilah yang terakhir dapatku coretkan dalam hidup sahabat seperjuangan. Perpisahan yang ku rasakan pada tahun 2002 lalu kembali menghantui jiwa ini meskipun ianya sudah 5 tahun berlalu . Sukar untuk ku gambarkan perasaan yang timbul pada waktu itu. Saat kaki melangkah ke luar dari sekolah pada petang itu.  sempatku lambaikan tangan kepada tiap-tiap wajah yang pernah hadir dalam kisah hidup ini…

2015. 8 tahun kemudian. Di usia 25 tahun ini, sekali lagi ku di datangi makhluk yang bernama ‘perpisahan’. Tetapi kali ini, tiada lagi si budak mentah. Yang ada kini ialah si bakal pendidik bangsa. Namun, siapalah si pendidik bangsa itu bila didatangi makhluk ‘perpisahan’ yang cukup melemahkan jiwa dan raga. 5 tahun bersama 20 karakter yang sungguh berbeza, 5 tahun dihiasi dengan tawa,kecewa,suka dan duka bersama. 5 tahun berkongsi makan dan minum. 5 tahun berkongsi cinta dan cerita. Kali ini perpisahanku diikuti dengan linangan air mata. Bukan mudah air mata ini jatuh, namun kerana lubuk hati yang paling dalam dapat merasakan sakitnya perpisahan kali ini meskipun ia cuba untuk kuat,  namun tertewas jua. Maka jatuhlah ia… sukar untuk ku gambarkan wajah-wajah yang selalu ku lihat bakal lenyap dari pandangan mata. Sukar untuk ku bayangkan suara-suara yang sering kali ku dengar bakal hilang dari telinga…namun siapalah yang mampu melawan si makhluk yang bernama ‘perpisahan’. Macam mana erat kita genggam akan terlerai jua, macam mana kuat ditahan terlepas juga. Macam mana kita coba untuk elak bertemu juga…dan…. Macam mana gembiranya kita bertemu akan berpisah jua.


Resam hidup manusia, yang mula pasti berakhir, yang bertemu pasti berpisah dan yang patah tumbuh hilang berganti. Hakikatnya hidup harus diteruskan, masih banyak yang perlu di tempuhi si pendidik bangsa ini. Masih terlalu jauh untuk hati ini meratapi perpisahan kali ini. kerana di hadapan menjanjikan banyak lagi kisah baru, banyak lagi karakter baru, banyak lagi ragam baru dan banyak lagi perpisahan baru. biarlah kisah kita menjadi sejarah di hari tua, sampaikanlah pada angin kisah dulu kala yang pernah menjadi suka duka, tunjukkanlah pada awan indahnya cerita kita bersama dan beritahulah bulan juga bintang untuk menjadi bukti bahawa aku,dia dan kamu pernah menjadi satu dalam kisah itu…. 

Tuesday 8 September 2015

al-kisah 5 years.. :'(

Disini bermulanya pertemuan yang terakhir…….al-kisah…

Dari kejauhan shafina sedang mengisi buku kehadiran rakyat2 negara tapai yang masih menujukkan keinginan untuk berjuang disaat-saat negara tapai kian hilang dek kerana masa yang rakus memisahkan jiwa-jiwa ini… saiful pemerintah terakhir sudahpun membotakkan kepalanya tanda kesedihan perpisahan yang bakal dihadapi.. luarnya tampak tenang, tapi jiwanya tetap bergelora menantikan perjuangan selama ini hampir terlerai….

Al-kisah tersebutlah kisah…. Dari dulu hingga sekarang milah masih tetap sama, masih duduk disudut negara dan tetap tenang melakukan hobi animenya. Cuma, disaat-saat akhir ini dia kerap sahaja berkata-kata, mungkin kerana semuanya hampir terpisah…Jaikral yang dari dulu hinggalah disaat genting ini masih lagi tidak mampu mencari style rambut yang sesuai, meskipun dia sudah mencoba semua cara. Kali ini dia lebih fokus bermain pes tanpa menghiraukan riduan yang asyik menganggunya, riduan yang kini Berjaya menaikkan berat badannya sebanyak 1 kg asyik memikirkan cara untuk menukar player bola di fantasy primernya menggunakan oppo smarphone yg dibangga-banggakannya.

Hatta oppo putih milik ramlah cukup bersinar-sinar memnyilaukan mata rakyat jelata, dia yang kini sudah menggunakan smartpone cukup gembira memikirkan saat terindah apabila dua jiwa bakal bersama (kawin). Mijo yang asyik merakam gelagat rakyat jelata menggunakan iphone 6 nya asyik diganggu lejen-lejen rakyat jelata iaitu syahirah yang asyik datang lambat ke kelas dengan senyuman ketenangan bersama lejen alice dengan kereta barunya yang cukup wow.  Hatta, Alice yang baru-baru kehilangan buah jantung hatinya kini sudah mampu berdiri sndri dek kerana lejen2 yang Berjaya melejenkan dirinya. Kelejenan dikalangan rakyat sudah menjangkiti semua rakyat jelata disaat negara sedang bergelora, buktinya hidung Imran kini sudah jarang ditemui dimana-mana, ipone 5nya meskipun tidak setangding ipone 6 mijo tetap menjadi kebanggaan hatinya. Disuatu sudut nadilah kini mungkin sudah berpunya, mungkinkah? Namun, matanya tetap tajam merenung mana-mana insan yang menganggu dirinya. Seperti renungan nadilah , Suara keras itu juga masih kedengaran, suara yang keluar dari tubuh anak bangsawan yg kini sudah menjadi jutawan nagara apabila bapaknya dijadikan pemerintah negara lain, hasilnya sebuah kereta dan dua buah handpone menjadi milik Sandra.

Hidayah duduk sendiri disuatu sudut negara memikirkan masa depan bersama buah hati pengarang jatungnya, kadang2 tersenyum kadang2 termenung. Tiba2 satu tubuh datang mendekatinya tersenyum-senyum, mereka duduk bersama mungkinkah memikirkan nama anak mereka? Suara-suara perbincangan shamsul dan hidayah kadang2 sahaja terdengar dek kerana suasana negara yang cukup riuh rendah oleh nazri yang asyik memikirkan cara untuk melangsikan bayaran insuran keretanya. Tidak cukup dengan isu kereta nazri, sunardi juga duduk termenung memikirkan cara untuk memantapkan keretanya yang kini sudah menjadi buah hati keduanya selepas berjaya memikat hati gadis dusun dari ranau itu. Suasana hiruk pikuk negara  langsung tidak menggangu tumpuan rizwan lelaki kacak yg asyik dengan drama jiwangnya, kadang2 tersenyum kadang2 serius begitulah kata Jerome yang juga asyik bersama laptop barunya dan bunga hatinya yang nun jauh disana, senyuman kegembiraan Jerome kadang2 diikuti dengan hayunan pukulan yang tepat mengenai bahu dapi yg leka bermain dengan handphonenya, khabar angin mengatakan hati dapi sudah berpunya. Aaahh jodoh xkan kemana kata zaidin yg masih tetap sama seperti dahulu Cuma mungkin bertambah sedikit kecomelan disitu,disini dan disana..


Tik..tok..tik…tok… petang itu aku terbangun dari tidur yang cukup lena,deruan bunyi kipas dan azan yang sering kudengari selama 5 tahun cukup menenangkan hati yg lemah ini.. ku ukirkan senyuman dizahirnya, namun sukarku sembunyikan kesedihan yang sedang melanda jiwa ini.. aku tahu sedikit masa lagi bila aku bangun, bukan bunyi kipas dan azan itu lagi yang aku dengari…  tanpa ku sedari ia jatuh juga membasahi meski jiwa ini coba menahan… 

Monday 23 July 2012

al-kisah pml 2012


Tahun 2012 suda… ;ppp


Maka, hampir 2 tahunlah hidup kami dibumi tawau sebagai perantau yang kununnya bakal menjadi guru. Hatta, semuanya telah berubah, lagak gaya dan fizikal kami tampak berbeza. Yang sama Cuma jiwa dan raga. Raja telah bertukar takhta kini di pegang oleh en. Norhassan yang cukup tawaduk dan berbudi-bahasa.. Maka tahun 2012 ini yang dijangkakan kiamat oleh entah siapa tu belum terjadi.(syukur). Maka pemerintahan kali ini menyaksikan riduan sebagai pemerintah utama, kepimpinannya yang sistematik dan teratur membuatkan pembantunya Sandra senang ,tenang  dan lenang menguruskan pemerintahan kali ini. Seperti dahulunya Sandra kini telah berubah, suaranya semakin kurang didengar oleh rakyat.  Di suatu sudut Negara, gadapi masih terpinga-pinga memikirkan hutang yang ditinggalkan semasa pemerintahannya, pabila ditanya mengapa Negara bisa berhutang dia hanya mengoyang-goyangkan kepalanya. Maka jaikral pun mengangkat dan mengelengkan kepalanya apabila mendengar lagak gadapi, lalu jaikral pun membukalah laptopnya dan mulalah dia mendownload movie yang kununnya  latest tapi semua kambu. Di suatu sudut, nazri sibuk menekan-nekan hanpone android full touch screennya, dia berusaha mencari bagaimana untuk meningkatkan kehebatan handphonenya sambil mengerut-ngerutkan dahinya, biasalah android…

.shamsul dari tadi terdiam entah mengapa dan entah kenapa, tiba-tiba dia mula tersenyum-senyum kecil apabila lessen P nya sudah keluar, maka pergilah dia ke surau untuk solat syukur, dia kini digelar kiyai kerana ketingeeehhhhanya. Imran pun berpusing kiri dan kanan mencari laptop dan broadband untuk di inas, maka shafina yang sering lalai menonton running men yang entah mana lucunya telah terperangkap oleh Imran. Maka habislah laptopnya di inas, maka dihentak-hentaklah kakinya ke lantai kerana kecewa..disebelah shafina, cik ramlah semakin ayu biasalh suda berpunya, semangatnya untuk belajar juga semakin meningkat apabila baru- baru ini dia telah mendapat anugerah pointer tertinggeehhhh. .. sunar yang dari tadi sibuk bertelefon dengan ceweknya terlalu khayal sehingga tidak sedar akan Jerome dan rizwan bersorak sambil berteriak-teriak bermain PES. Kekuatan suara Jerome dan rizwan tidak pun menganggu milah yang dari dulu hingga sekarang masih mengekalkan sifat yang sama, Cuma laptopnya seja berbeza, alice sudah kurang mengeluarkan bahasa yang pelik-pelik kerana dia kini telah dipengaruhi oleh nadilah yang sering ketawa secara tiba-tiba sambil melihat laptopnya. Zaidin dari dulu hingga sekarang masih melihat kehadapan, memikirkan siapakah bakal pemilik hatinya sambil berbincang-bincang dengan mijo tentang bagaimana untuk melajukan kereta masing-masing. Mijo kini bukan lagi pelari obor kerana dia telah memiliki kereta yang sukar untuk dimiliki oleh insan biasa. Hidayah dan syahirah semakin akrab, namun kekuatan mereka untuk makan masih tetap sama, pantang ada makanan pasti akan dilahap. Saiful telah Berjaya menghack wifi ip terima kasih ultrasurf!. Semuanya telah berubah, dek kerana jiwa yang sudah ke arah menjadi pendidik bangsa. Hari – hari perantau kini semakin suntuk, kerana sebentar lagi kami bakal bertebaran ke pelusuk, yang mungkin sibuk. Salam ramadhan ;)

Kalau ada sumur di lading,
Harap boleh menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Kita pasti bertemu lagi,

Monday 2 January 2012

Setelah Sekian Lama. :)

Assalamualaikum~~
Agak sekian lama nda d update nih benda. huhu, maka byak bh yng berlaku spanjang sem lalu tuh~ 
a lot!
sungkai samasama. raya samasama. jalanjalan samasama. hmm~ kami bforum, bpantun, belakon, menari, eyhhh~ happening gilaaa!! kamurang lah clasmate yang agak menyeronakkan.
okeehhh~~ ak cuba imbas kembali ap yang terjadi spanjang sem lalu lalu.
urus debat sama jr~ 
1st time tuh bkerjasama dgn jr.
urus literasi puisi sama en. Mohd Bodot. 
good memory dowhh!
:)
apalagi eaaa,,
hmm,, larian satu m'sia. 
kamu suma lari, kcuali ak~
mintapuji kan? ak gmbr2 kamu sedja.. hmm~
apalagi??
SUKAN!!
haha... okehh!!
kenangan sama kak pina dan c ramlah~~~
paling manang la bh. wahahaha~
malu bei kalo ingat balik.. ==''
hahaha... lempar cakera okkeeehh!!! :P
hihihihi.....
apalagi aaahhh??
errmmm,,,,
memanah~
hmm~
aku lupa2 bha.
gmbr dlm externl ak btabur, jadi ssh ak menentukan ap2 kjadian yang berlaku~
huhuh.
p sungkai sama2 d hotel~ hahah. hotel la sangat.
p braya d rumah en. sharidzwan... huhuh
besttt!!!! byk hamster ni d sini. huhu
braya d ruma imm, nazry(siap dpt duwet raya), ruma c kare, 
best eyhh,, pastuh main funfer.
gila siok!!!
btriak2 okkk...!! hahahahahahah
okeeehh~
p sansui mandimanda,
hahah, smpai juga kami ke sansui. 
wakakakka
kenangan best bagi ak?
forum opcoz! hahha
gabungan mantap sunar nazri ramlah dan aku~
ngam la tuh, suma bibiran. hahahah
walaupun stakat numbur 2, sukur sda tuhh.. 
ndalawan dorang cantik, dila, ride ma epul laa..
JUARA pantun!!! hahaha
okeh, lepastuhh.. teater kita.. ==''
hahah
c nazry mati kan time nihh... huhuh..
walaupun byk dugaan, tap juga kita teruskan lakonan kita.
paling sandi la tuh kami perempuan d suruh bt psembahan menari2.
okeehh,, ak sedar ak kayu.. ==''
tapi tiapa~
demi geng tapai, p juga kami menari ketipang payung... wahahahah...
ak keliru sda kjadian sem3 sama sem2. hantam seja laa...
slagi ak masi bole merepek, ak merepek. hahahah
hmm~
kenangan yang memalukan?
duii,, opcoz la time tarian kreatif...
malu siot okeehhh!!!
nda ku tau la seramai itu time kami bt pesembahan. aduii..
ak yakin, kak pina, dila, sakura, cantik, sansan, milah dan alice pun malu siot time tuhh~~
aduuuiii...
kami sangat amat malu..
shy shy boy~ agagagga...
tp sbnrnya siok nari2 tuhh,,
kak pina mmg pandai bt tarian ok..
hahahah.. :P
spanjang stahun lebih ak d ip, kali tu lah bnd paling bikin malu pernah ak bt. ==''
terus ak bt budu ja habis bt psembhan tuh. kaver malu lah kunun,.... 
hmmm~
wan, sunar, jerom, harith, ride harituh bt show time oi oi fiesta ka nda clap.
ak sure,, ramai yang jatuh cinta sama dorg ...
hahah... mcm indie band bhaa..
ad ku rakam eyhh,,
klo mau tgk,, minta sma ak ahhh.. hahah
a lot of memory~
nxt time klo ak update~ ak pastikan teratur dan tidak bikin pening~ huhu
yg pntg tahniah kpd geng tapai kerana berjaya lulus semua dlm exam sem 3!!
yeeahhh!!! :D
maka mcm susah pula tuh paper bm kita hari tuhh..
bikin down ak seja..
Alhamdulillah lulus~





mereka JUARA!!!

pemforun dan pemantun~ :)

Add caption


Habis refleksi kendiri....





Hadiah yang kita menang!!! wahaha. KANNYANG!!

kesedihan tgk bdak pismp sc sem1~
SELAMAT TAHUN BARU!!
:D

~mijo~

Monday 19 December 2011

lama xdengar kisah blog ni? erm mungkin semua org busy kali cuti2 malaysia...
apa-pun tahniah kepada PML-LIAN kerana kita semuanya lulus semseter3 ni..biarpun poninter hancur berkecai,terutamanya sayalah..adaada dahsyat gila! hahhah..harap kmu smua sihat2 k geng.. taun dapan harp2 msih kita ketemu.kbai.

Friday 5 August 2011

KU sem 3

Asslm. Selamat pagi.. Dan salam satu Malaysia.. Saya, Jaikral Bin Jaidal merupakan KU sem 3.. Hehehe.. Saya akan mencuba buat yang terbaik tuk kwn2x saya.. ^_^

Tuesday 31 May 2011

jom BACA !!! Al-kisah KELUARGA PML......

Alkisah keluarga PML semester II


Salam sembah pembuka bicara,
Awal bismillah pemula kata,
Kisah ini untuk semua,
Buat santapan kita bersama,


Alkisah tersebutlah kisah di suatu ketika di satu perantauan,satu kelompok manusia yang pelbagai ragam, ramainya manusia itu cumalah 20 bilangannya yang diperintah oleh permaisuri che norazian yang kuat ketawa lagi baik hati,maka dibantu permaisuri itu seorang panglima yang bernama chif nazri muhidin yang begitu lucah lagi laser mulutnya,di bantu pula nazri oleh seorang jaguhan pelari obor yang cukup pedas kata-katanya hatta dia bernama nurul hamizah, maka berkatalah nazri “kamu semua dengar sini” maka dari jauh hamizah mula lah gundah..seperti kekurangan oksigen…

Di suatu sudut milah perempuan terayu lagi merdu suaranya merenung tajam dengan mata galaknya itu kearah jaikral yang terpinga-pinga kebingungan apabila mengatakan “fit” dengan sebutan “pit”, maka mulalah muka jaikral terkili-kili dengan raut mukanya yg pelbagai hatta ketawalah adiknya gadapi , ketawanya umpama kucing2 kecil , tidak lah Nampak giginya apabila ketawa tidak pula sepadan dengan tangannya yang ala-ala beruang. Maka rizwan hanafie jejaka paling hensem pun memurungkan mukanya melihat gHADapi ketawa, dia merasakan senyuman ghadapi terlalu comel hingga rasa ingin menampar-namparnya.
Hatta, Jerome jaikin jejaka terasasa lagi terkuat yakni mempunyai ketinggian orang putih menyabarkan rizwan, maka menyanyilah Jerome lagu hujan band dengan lantangnya,maka Jerome pun mengetuk2lah meja mentrip meja itu seperti drum… sebermula terdengarlah sunardi suara Jerome yang sedap itu apabila mendengangkan lagu, maka tercabarlah ia.. maka keluarlah suaranya..”haaaaa”aaaaa”… maka di ulasnya lagi cara-cara untuk menyanyi dengan betul ..(biasalah pendebat) maka sibuk jugalah sunar memberitahu rakyat bagaimana untuk mendapatkan six pack..
Hatta,di sebelah sunardi imran syarwani.. jejaka macho lagi hensom ketawa terbahak-bahak mengeluarkan bunyi yang aneh apabila melihat sunardi berbahas.. imran mula lah menghayal untuk berkahwin dan menjadi pemain manchester united ,sampai lah dia terdampar di atas kerusi,dimeja atau di lantai… maka alice gadis putih melepak dari Kenya ini mengeleng-gelengkanlah kepalanya sambil mengatakan “apa oo” apabila melihat imran terdampar, seterusnya bergegarlah kawasan apabila Sandra ketawa..”hahahahahahahahha”, hiruk pikuk lah seantero kawasan..

Shafina pula mula pening-pening mendengar suara Sandra yang berada disebelahnya,,,(nasib ko lah pina duduk di sebelah “microphone” “Sandra jan marah ah”) maka lugai2 lah dia mengeluarkan ekspresi yang aneh2,, terpusing-pusing lah kepalanya melihat kiri dan kanan sambil tersenyum-senyum menunjukkan gigi taringnya..bertambah lugai lah dia apabila melihat jejaka korea yang macam perempuan itu menyanyi. Ramlah pula terketawa gete “eh”eh” kak” pina”,”kenapa bah kak pina ini ah”ah”… maka ridhwan pun merenung tajam ramlah,entah kenapa,entah mengapa.. mendengarlah ridhwan lagu hindinya menggunakan handphone barunya yang ala-ala mahal. Shamsul tersipu-sipu malu tak tahu kenapa,,, tiba-tiba’.. “gooaaaaaaaaallllll”!!!!... keluarlah gaya shamsul sebenar apabila melihat Liverpool menjaringkan gol melawan m.u…

Di suatu sudut zaidin mula merenung tajam nadilah, mulalah zaidin mengacau-ngacau nadilah sambil mengeluarkan gaya tadikanya, berlari-lari lah zaidin bersama nadilah kesana-sini.. macam hindi lah kunun… hatta, nadilah semakin marah lalu duduk diam memperlihatkan wajah seriusnya lagi pelik ekspresinya.. lalu zaidin terdiam dan duduk menghadap depan sampailah pagi.. tanpa menoleh kebelakang lagi.. maka tersenyum kambing lah nadilah apabila zaidin kalah. maka hidayah mencubalah untuk berpuasa sunat khamis,, tetapi syahirah pula tiba2 berasa lapar . lalu di ajaklah hidayah pergi makan. Maka terbatalah puasa sunat hidayah lalu ketawa lah syahirah “hahahahhahahahaahhaha”..ckup mengerunkan rakyat,, maka hidayah dengan ganasnya melahap makanan… c saiful pula dari tadi menghadap laptopnya mencari bagaimana untuk meng ‘hack’ wifi ip…tetapi sampai sekarang masih tidak dapat2. Begitulah ragam kami sekeluarga, punya indentiti sendiri yang menghiasi hari-hari perantau ini..


Tamatlah sudah kisah kita,
Jangan marah janganlah mengata,
Kisah ini Cuma cerita,
Buat ingatan di hari tua,