Sunday 27 September 2015

Makhluk yang bernama P E R P I S A H A N :')

2002. Masih terngiang-ngiang di kotak mindaku pengalaman si budak mentah menghabiskan perjalanan sebagai budak sekolah rendah dengan penuh kegembiraan dan kebanggaan tatkala menghabiskan peperiksaan UPSR. Budak mentah yang tidak menyedari hakikat bahawa di hadapannya terlalu banyak lagi onak duri kecewa tumbang sakit yang perlu dihadapi. Hari terakhir di sekolah rendah ibarat hari terakhir menghabiskan perjuangan hidup sedangkan fizikalnya baru sahaja beralih ke alam akil baligh. Namun, jujurku katakan sesungguhnya aku rasai perpisahan itu, petang selepas tamatnya kelas terakhir d sk.pasir putih, hati ini seolah-olah dapat merasai perpisahan yang bakal di hadapi. Jiwa si budak mentah yang pada mulanya tidak merasai dan memahami erti perpisahan ini mulai bergelora memikirkan hidup tanpa sahabatnya disisi. Petang itu, 6 bersahabat pergi ke suatu tempat yang memang selalui dikunjungi. Disitu kami laungkan, keluarkan dan sematkan perasaan yang terpendam selama ini. Masih ku ingat, aku laungkan nama miss F. AKU CINTA PADAMU.. !! (monyet). usai ke enam2 sahabat itu meleraikan perasaan yang terpendam selepas lebih kurang 6 tahun persahabatan pulanglah mereka ke rumah masing2 tanpa menyedari bahawa kemungkinan petang itulah hari dan saat  terakhir mereka bersua muka.


2007. 5 tahun kemudian, perpisahan yang digembar-gemburkan kian terasa. Muka yang sudah biasaku lihat sepanjang berada disekolah menengah ini,  bakal ku tinggalkan sedikit masa lagi. Si budak mentah yang dulu pendek kini menjadi sedikit tinggi telah pun bersedia menghadapi hari-hari perpisahan itu. Masihku ingat hari terakhir berada disekolah,  sahabatku melemparkan telur dikepala yang besar ini. Dalam hatiku, (uina macik  sakit gila tu), sebab yang mengumban tu macam macik2. Tapi dialah yang mengiburkan kelas sains masa itu. Dialah penyeri kehidupan dan dialah mungkin yang paling dirindui. Petang itu, ku nukilkan nama dan tandatanganku di baju setiap sahabatku. Mungkin nukilan inilah yang terakhir dapatku coretkan dalam hidup sahabat seperjuangan. Perpisahan yang ku rasakan pada tahun 2002 lalu kembali menghantui jiwa ini meskipun ianya sudah 5 tahun berlalu . Sukar untuk ku gambarkan perasaan yang timbul pada waktu itu. Saat kaki melangkah ke luar dari sekolah pada petang itu.  sempatku lambaikan tangan kepada tiap-tiap wajah yang pernah hadir dalam kisah hidup ini…

2015. 8 tahun kemudian. Di usia 25 tahun ini, sekali lagi ku di datangi makhluk yang bernama ‘perpisahan’. Tetapi kali ini, tiada lagi si budak mentah. Yang ada kini ialah si bakal pendidik bangsa. Namun, siapalah si pendidik bangsa itu bila didatangi makhluk ‘perpisahan’ yang cukup melemahkan jiwa dan raga. 5 tahun bersama 20 karakter yang sungguh berbeza, 5 tahun dihiasi dengan tawa,kecewa,suka dan duka bersama. 5 tahun berkongsi makan dan minum. 5 tahun berkongsi cinta dan cerita. Kali ini perpisahanku diikuti dengan linangan air mata. Bukan mudah air mata ini jatuh, namun kerana lubuk hati yang paling dalam dapat merasakan sakitnya perpisahan kali ini meskipun ia cuba untuk kuat,  namun tertewas jua. Maka jatuhlah ia… sukar untuk ku gambarkan wajah-wajah yang selalu ku lihat bakal lenyap dari pandangan mata. Sukar untuk ku bayangkan suara-suara yang sering kali ku dengar bakal hilang dari telinga…namun siapalah yang mampu melawan si makhluk yang bernama ‘perpisahan’. Macam mana erat kita genggam akan terlerai jua, macam mana kuat ditahan terlepas juga. Macam mana kita coba untuk elak bertemu juga…dan…. Macam mana gembiranya kita bertemu akan berpisah jua.


Resam hidup manusia, yang mula pasti berakhir, yang bertemu pasti berpisah dan yang patah tumbuh hilang berganti. Hakikatnya hidup harus diteruskan, masih banyak yang perlu di tempuhi si pendidik bangsa ini. Masih terlalu jauh untuk hati ini meratapi perpisahan kali ini. kerana di hadapan menjanjikan banyak lagi kisah baru, banyak lagi karakter baru, banyak lagi ragam baru dan banyak lagi perpisahan baru. biarlah kisah kita menjadi sejarah di hari tua, sampaikanlah pada angin kisah dulu kala yang pernah menjadi suka duka, tunjukkanlah pada awan indahnya cerita kita bersama dan beritahulah bulan juga bintang untuk menjadi bukti bahawa aku,dia dan kamu pernah menjadi satu dalam kisah itu…. 

Tuesday 8 September 2015

al-kisah 5 years.. :'(

Disini bermulanya pertemuan yang terakhir…….al-kisah…

Dari kejauhan shafina sedang mengisi buku kehadiran rakyat2 negara tapai yang masih menujukkan keinginan untuk berjuang disaat-saat negara tapai kian hilang dek kerana masa yang rakus memisahkan jiwa-jiwa ini… saiful pemerintah terakhir sudahpun membotakkan kepalanya tanda kesedihan perpisahan yang bakal dihadapi.. luarnya tampak tenang, tapi jiwanya tetap bergelora menantikan perjuangan selama ini hampir terlerai….

Al-kisah tersebutlah kisah…. Dari dulu hingga sekarang milah masih tetap sama, masih duduk disudut negara dan tetap tenang melakukan hobi animenya. Cuma, disaat-saat akhir ini dia kerap sahaja berkata-kata, mungkin kerana semuanya hampir terpisah…Jaikral yang dari dulu hinggalah disaat genting ini masih lagi tidak mampu mencari style rambut yang sesuai, meskipun dia sudah mencoba semua cara. Kali ini dia lebih fokus bermain pes tanpa menghiraukan riduan yang asyik menganggunya, riduan yang kini Berjaya menaikkan berat badannya sebanyak 1 kg asyik memikirkan cara untuk menukar player bola di fantasy primernya menggunakan oppo smarphone yg dibangga-banggakannya.

Hatta oppo putih milik ramlah cukup bersinar-sinar memnyilaukan mata rakyat jelata, dia yang kini sudah menggunakan smartpone cukup gembira memikirkan saat terindah apabila dua jiwa bakal bersama (kawin). Mijo yang asyik merakam gelagat rakyat jelata menggunakan iphone 6 nya asyik diganggu lejen-lejen rakyat jelata iaitu syahirah yang asyik datang lambat ke kelas dengan senyuman ketenangan bersama lejen alice dengan kereta barunya yang cukup wow.  Hatta, Alice yang baru-baru kehilangan buah jantung hatinya kini sudah mampu berdiri sndri dek kerana lejen2 yang Berjaya melejenkan dirinya. Kelejenan dikalangan rakyat sudah menjangkiti semua rakyat jelata disaat negara sedang bergelora, buktinya hidung Imran kini sudah jarang ditemui dimana-mana, ipone 5nya meskipun tidak setangding ipone 6 mijo tetap menjadi kebanggaan hatinya. Disuatu sudut nadilah kini mungkin sudah berpunya, mungkinkah? Namun, matanya tetap tajam merenung mana-mana insan yang menganggu dirinya. Seperti renungan nadilah , Suara keras itu juga masih kedengaran, suara yang keluar dari tubuh anak bangsawan yg kini sudah menjadi jutawan nagara apabila bapaknya dijadikan pemerintah negara lain, hasilnya sebuah kereta dan dua buah handpone menjadi milik Sandra.

Hidayah duduk sendiri disuatu sudut negara memikirkan masa depan bersama buah hati pengarang jatungnya, kadang2 tersenyum kadang2 termenung. Tiba2 satu tubuh datang mendekatinya tersenyum-senyum, mereka duduk bersama mungkinkah memikirkan nama anak mereka? Suara-suara perbincangan shamsul dan hidayah kadang2 sahaja terdengar dek kerana suasana negara yang cukup riuh rendah oleh nazri yang asyik memikirkan cara untuk melangsikan bayaran insuran keretanya. Tidak cukup dengan isu kereta nazri, sunardi juga duduk termenung memikirkan cara untuk memantapkan keretanya yang kini sudah menjadi buah hati keduanya selepas berjaya memikat hati gadis dusun dari ranau itu. Suasana hiruk pikuk negara  langsung tidak menggangu tumpuan rizwan lelaki kacak yg asyik dengan drama jiwangnya, kadang2 tersenyum kadang2 serius begitulah kata Jerome yang juga asyik bersama laptop barunya dan bunga hatinya yang nun jauh disana, senyuman kegembiraan Jerome kadang2 diikuti dengan hayunan pukulan yang tepat mengenai bahu dapi yg leka bermain dengan handphonenya, khabar angin mengatakan hati dapi sudah berpunya. Aaahh jodoh xkan kemana kata zaidin yg masih tetap sama seperti dahulu Cuma mungkin bertambah sedikit kecomelan disitu,disini dan disana..


Tik..tok..tik…tok… petang itu aku terbangun dari tidur yang cukup lena,deruan bunyi kipas dan azan yang sering kudengari selama 5 tahun cukup menenangkan hati yg lemah ini.. ku ukirkan senyuman dizahirnya, namun sukarku sembunyikan kesedihan yang sedang melanda jiwa ini.. aku tahu sedikit masa lagi bila aku bangun, bukan bunyi kipas dan azan itu lagi yang aku dengari…  tanpa ku sedari ia jatuh juga membasahi meski jiwa ini coba menahan…