Monday 23 July 2012

al-kisah pml 2012


Tahun 2012 suda… ;ppp


Maka, hampir 2 tahunlah hidup kami dibumi tawau sebagai perantau yang kununnya bakal menjadi guru. Hatta, semuanya telah berubah, lagak gaya dan fizikal kami tampak berbeza. Yang sama Cuma jiwa dan raga. Raja telah bertukar takhta kini di pegang oleh en. Norhassan yang cukup tawaduk dan berbudi-bahasa.. Maka tahun 2012 ini yang dijangkakan kiamat oleh entah siapa tu belum terjadi.(syukur). Maka pemerintahan kali ini menyaksikan riduan sebagai pemerintah utama, kepimpinannya yang sistematik dan teratur membuatkan pembantunya Sandra senang ,tenang  dan lenang menguruskan pemerintahan kali ini. Seperti dahulunya Sandra kini telah berubah, suaranya semakin kurang didengar oleh rakyat.  Di suatu sudut Negara, gadapi masih terpinga-pinga memikirkan hutang yang ditinggalkan semasa pemerintahannya, pabila ditanya mengapa Negara bisa berhutang dia hanya mengoyang-goyangkan kepalanya. Maka jaikral pun mengangkat dan mengelengkan kepalanya apabila mendengar lagak gadapi, lalu jaikral pun membukalah laptopnya dan mulalah dia mendownload movie yang kununnya  latest tapi semua kambu. Di suatu sudut, nazri sibuk menekan-nekan hanpone android full touch screennya, dia berusaha mencari bagaimana untuk meningkatkan kehebatan handphonenya sambil mengerut-ngerutkan dahinya, biasalah android…

.shamsul dari tadi terdiam entah mengapa dan entah kenapa, tiba-tiba dia mula tersenyum-senyum kecil apabila lessen P nya sudah keluar, maka pergilah dia ke surau untuk solat syukur, dia kini digelar kiyai kerana ketingeeehhhhanya. Imran pun berpusing kiri dan kanan mencari laptop dan broadband untuk di inas, maka shafina yang sering lalai menonton running men yang entah mana lucunya telah terperangkap oleh Imran. Maka habislah laptopnya di inas, maka dihentak-hentaklah kakinya ke lantai kerana kecewa..disebelah shafina, cik ramlah semakin ayu biasalh suda berpunya, semangatnya untuk belajar juga semakin meningkat apabila baru- baru ini dia telah mendapat anugerah pointer tertinggeehhhh. .. sunar yang dari tadi sibuk bertelefon dengan ceweknya terlalu khayal sehingga tidak sedar akan Jerome dan rizwan bersorak sambil berteriak-teriak bermain PES. Kekuatan suara Jerome dan rizwan tidak pun menganggu milah yang dari dulu hingga sekarang masih mengekalkan sifat yang sama, Cuma laptopnya seja berbeza, alice sudah kurang mengeluarkan bahasa yang pelik-pelik kerana dia kini telah dipengaruhi oleh nadilah yang sering ketawa secara tiba-tiba sambil melihat laptopnya. Zaidin dari dulu hingga sekarang masih melihat kehadapan, memikirkan siapakah bakal pemilik hatinya sambil berbincang-bincang dengan mijo tentang bagaimana untuk melajukan kereta masing-masing. Mijo kini bukan lagi pelari obor kerana dia telah memiliki kereta yang sukar untuk dimiliki oleh insan biasa. Hidayah dan syahirah semakin akrab, namun kekuatan mereka untuk makan masih tetap sama, pantang ada makanan pasti akan dilahap. Saiful telah Berjaya menghack wifi ip terima kasih ultrasurf!. Semuanya telah berubah, dek kerana jiwa yang sudah ke arah menjadi pendidik bangsa. Hari – hari perantau kini semakin suntuk, kerana sebentar lagi kami bakal bertebaran ke pelusuk, yang mungkin sibuk. Salam ramadhan ;)

Kalau ada sumur di lading,
Harap boleh menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Kita pasti bertemu lagi,

No comments:

Post a Comment