Tahun 2012 suda… ;ppp
Maka, hampir 2 tahunlah hidup
kami dibumi tawau sebagai perantau yang kununnya bakal menjadi guru. Hatta,
semuanya telah berubah, lagak gaya dan fizikal kami tampak berbeza. Yang sama Cuma
jiwa dan raga. Raja telah bertukar takhta kini di pegang oleh en. Norhassan yang
cukup tawaduk dan berbudi-bahasa.. Maka tahun 2012 ini yang dijangkakan kiamat
oleh entah siapa tu belum terjadi.(syukur). Maka pemerintahan kali ini
menyaksikan riduan sebagai pemerintah utama, kepimpinannya yang sistematik dan
teratur membuatkan pembantunya Sandra senang ,tenang dan lenang menguruskan pemerintahan kali ini. Seperti
dahulunya Sandra kini telah berubah, suaranya semakin kurang didengar oleh
rakyat. Di suatu sudut Negara, gadapi
masih terpinga-pinga memikirkan hutang yang ditinggalkan semasa pemerintahannya,
pabila ditanya mengapa Negara bisa berhutang dia hanya mengoyang-goyangkan
kepalanya. Maka jaikral pun mengangkat dan mengelengkan kepalanya apabila
mendengar lagak gadapi, lalu jaikral pun membukalah laptopnya dan mulalah dia
mendownload movie yang kununnya latest
tapi semua kambu. Di suatu sudut, nazri sibuk menekan-nekan hanpone android full
touch screennya, dia berusaha mencari bagaimana untuk meningkatkan kehebatan
handphonenya sambil mengerut-ngerutkan dahinya, biasalah android…
.shamsul dari tadi terdiam entah
mengapa dan entah kenapa, tiba-tiba dia mula tersenyum-senyum kecil apabila lessen
P nya sudah keluar, maka pergilah dia ke surau untuk solat syukur, dia kini
digelar kiyai kerana ketingeeehhhhanya. Imran pun berpusing kiri dan kanan
mencari laptop dan broadband untuk di inas, maka shafina yang sering lalai
menonton running men yang entah mana lucunya telah terperangkap oleh Imran. Maka
habislah laptopnya di inas, maka dihentak-hentaklah kakinya ke lantai kerana
kecewa..disebelah shafina, cik ramlah semakin ayu biasalh suda berpunya,
semangatnya untuk belajar juga semakin meningkat apabila baru- baru ini dia
telah mendapat anugerah pointer tertinggeehhhh. .. sunar yang dari tadi sibuk
bertelefon dengan ceweknya terlalu khayal sehingga tidak sedar akan Jerome dan
rizwan bersorak sambil berteriak-teriak bermain PES. Kekuatan suara Jerome dan
rizwan tidak pun menganggu milah yang dari dulu hingga sekarang masih
mengekalkan sifat yang sama, Cuma laptopnya seja berbeza, alice sudah kurang
mengeluarkan bahasa yang pelik-pelik kerana dia kini telah dipengaruhi oleh
nadilah yang sering ketawa secara tiba-tiba sambil melihat laptopnya. Zaidin dari
dulu hingga sekarang masih melihat kehadapan, memikirkan siapakah bakal pemilik
hatinya sambil berbincang-bincang dengan mijo tentang bagaimana untuk melajukan
kereta masing-masing. Mijo kini bukan lagi pelari obor kerana dia telah
memiliki kereta yang sukar untuk dimiliki oleh insan biasa. Hidayah dan
syahirah semakin akrab, namun kekuatan mereka untuk makan masih tetap sama,
pantang ada makanan pasti akan dilahap. Saiful telah Berjaya menghack wifi ip
terima kasih ultrasurf!. Semuanya telah berubah, dek kerana jiwa yang sudah ke
arah menjadi pendidik bangsa. Hari – hari perantau kini semakin suntuk, kerana sebentar
lagi kami bakal bertebaran ke pelusuk, yang mungkin sibuk. Salam ramadhan ;)
Kalau ada sumur di lading,
Harap boleh menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Kita pasti bertemu lagi,